YB Dato’ Sri Tuan Ibrahim antara 7 Menteri Alam Sekitar Terbaik Asia

Setinggi-tinggi tahniah buat YB Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man kerana telah dinobatkan sebagai salah seorang daripada tujuh Menteri Alam Sekitar terbaik di Asia. Pengiktirafan yang diberikan oleh majalah Asia Business Info ini menjadi salah satu bukti kredibiliti dan kecemerlangan prestasi beliau sepanjang menerajui Kementerian Alam Sekitar dan Air.

Antara yang turut menerima pengiktirafan adalah Dr. Ir. Siti Nurbaya Bakar dari Indonesia, Masagos Zukifli (Singapura), Prakash Javadeka (India), Issa Kalantari (Iran), Cavid Parker (New Zeland) dan Cho Myung (Korea Selatan), juga dipilih sebagai menteri alam sekitar terbaik oleh majalah yang sama.

Semoga kejayaan ini menjadi pendorong dan motivasi buat beliau, seluruh warga KASA sekaligus seluruh anak Malaysia untuk terus menempa kejayaan demi kejayaan dan menaikkan nama negara di persada dunia. Kami di Daily Kampus turut mendoakan kesejahteraan YB Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man agar dapat terus mengemudi KASA pada tahap yang optimum.

Daily Kampus – Portal Mahasiswa Anda

Leave a Reply

Your email address will not be published.