UIAM Diisytihar Pusat Kepakaran Serantau (RCE) Pendidikan

[UIAM DIISYTIHAR PUSAT KEPAKARAN SERANTAU (RCE) PENDIDIKAN]

GOMBAK, 9 Mei 2020- Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) seperti yang dilaporkan oleh BERNAMA, telah diisytihar sebagai Pusat Kepakaran Serantau Pendidikan atau ‘Regional Centre of Expertise (RCE) on Education’.

Pengisytiharaan tersebut diberikan oleh Universiti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau ‘United Nations University’ (UNU) atas komitmen universiti itu dalam membina masa depan lestari melalui pendidikan iaitu salah satu agenda Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Di bawah Pusat kepakaran serantau yang diberi nama RCE Greater Gombak ini, UIAM berperanan dalam menerajui aktiviti dan inisiatif pendidikan lestari bersama masyarakat, industri serta sektor kerajaan. Antara aktiviti dijalankan adalah pendidikan asnaf di Perlis, pelancongan lestari di Pagoh, Johor, kesihatan lestari di Kuantan, Pahang dan sekolah sejahtera di Terengganu.

UIAM kini menyertai 180 pusat kepakaran serantau di dunia yang memberikan fokus kepada pelbagai aktiviti kemasyarakatan dan pendidikan.

“Ini adalah satu rencana di bawah Bangsa- Bangsa Bersatu, sekarang ini pendidikan diberikan keutamaan dalam menentukan apakah bentuk masa hadapan yang kita akan ungkapkan bersama bukan sahaja bagi universiti tapi bagi masyarakat sekitarnya,” ujar Rektor UIAM, Prof. Emeritus Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak.

Daily Kampus – Portal Mahasiswa Anda

Leave a Reply

Your email address will not be published.