Tun Rahah, Balu Perdana Menteri Kedua Meninggal Dunia

[TUN RAHAH, BALU PERDANA MENTERI KEDUA MENINGGAL DUNIA]

KUALA LUMPUR – Yang Amat Berbahagia Tun Hajah Rahah Binti Tan Sri Mohamed Noah, 87 meninggal dunia pada petang Jumaat, 18 Disember. Beliau telah menghembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Prince Court Kuala Lumpur. Negara juga baru sahaja kehilangan tokoh akademik negara iaitu Allahyarham Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz di hospital yang sama Selasa lalu.

Allahyarhamah Tun Rahah terkenal sebagai seorang wanita yang lemah lembut, sederhana dan bersahaja. Selain itu, sumbangan beliau tidak dapat disangkal lagi apabila telah menjadi suri dan pendorong utama kepada beberapa negarawan. Beliau merupakan anak kepada Allahyarham Tan Sri Mohamed Noah Omar, bekas Yang di-Pertua Dewan Rakyat, isteri kepada Tun Abdul Razak yang dikenang sebagai ‘Bapa Pembangunan Negara’ dan juga ibu kepada bekas Perdana Menteri Negara, Dato’ Seri Mohd Najib.

Kerajaan telah memutuskan supaya jenazah Allahyarhamah Tun Hajah Rahah diberi penghormatan terakhir mengikut “Istiadat Pengebumian Negara”, maklum Tan Sri Muhyiddin Yassin selain mewakili kerajaan dan seluruh rakyat Malaysia mengucapkan takziah kepada Najib Tun Razak dan seluruh ahli keluarga beliau.

Daily Kampus – Portal Mahasiswa Anda

Leave a Reply

Your email address will not be published.