TERIMA KASIH CIKGU!: Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu

16 Mei merupakan tarikh penting untuk menghargai jasa bakti dan pengorbanan yang telah disumbangkan oleh para guru kepada anak bangsa dan negara.

Tema hari guru 2021 dikekalkan dengan tema “Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu” yang sangat bertepatan dengan usaha menjadikan cinta kepada ilmu sebagai teras pendidikan.

Sesungguhnya dalam usaha melahirkan generasi yang berilmu pengetahuan, gurulah yang menjadi pengajar, pendidik dan pembimbing yang menyumbang khidmat bakti dalam semua bentuk institusi pendidikan, daripada tadika sehinggalah ke peringkat tertinggi.

Oleh itu, guru menjadi tunjang utama dalam penbangunan akhlak dan jati diri anak bangsa dan negara supaya dapat melahirkan generasi yang bermutu.

“Orang hebat boleh melahirkan beberapa karya bermutu, akan tetapi guru bermutu boleh melahirkan ribuan orang hebat.”

Daily Kampus mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik. Terima kasih Cikgu!
____________________________________
16 MEI 2021 | 4 SYAWAL 1442H

DAILY KAMPUS – PORTAL MAHASISWA ANDA

Leave a Reply

Your email address will not be published.