Takziah Atas Pemergian Bekas Ketua Hakim Negara

[TAKZIAH ATAS PEMERGIAN BEKAS KETUA HAKIM NEGARA]

Malaysia kehilangan seorang permata hari ini apabila Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Dr Mohamed Salleh Abas dilaporkan telah meninggal dunia pada pagi Sabtu, 16 Januari 2021, ketika berusia 91 tahun. Beliau menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu setelah didapati positif COVID-19 dan disahkan meninggal dunia akibat pneumonia.

Jasa Tun Mohamed Salleh kepada perkembangan politik negara amat besar. Allahyarham yang berasal dari Kampung Raja, Besut, merupakan Ketua Hakim Negara sejak 1984 hingga 1988. Beliau juga pernah menjadi ADUN Jertih dan bekas EXCO kerajaan negeri Terengganu dari 1999 hingga 2004. Sebelum ini, Allayarham pernah menjadi Pengerusi as-Salihin Trustee Berhad, selain menjadi salah seorang daripada tokoh yang membantu mendraf Rukun Negara pada 1970.

Jenazah Allahyarham dikebumikan bersebelahan kubur isteri pertamanya Allahyarhamah Toh Puan Azimah Mohd Ali yang meninggal dunia pada 2016, seperti yang telah diwasiatkan oleh Allahyarham.

Daily Kampus bersimpati atas pemergian tokoh ulung yang banyak menyumbang kepada perkembangan politik tanah air. Semoga roh Allahyarham ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Al Fatihah dibaca.

Daily Kampus – Portal Mahasiswa Anda

Leave a Reply

Your email address will not be published.