TAHNIAH UIAM ATAS PENCALONAN DALAM GREEN GOWN AWARD INTERNATIONAL!

Tahniah kepada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) kerana berjaya menjadi finalis penganugerahan lestari antarabangsa 2021 ‘Green Gown Award International’. Unversiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) berjaya dicalonkan dalam 4 kategori iaitu:

1. Benefitting Society
Malaysia Sejahtera Sports for all.

2. Creating Impact
Making a difference for Sejahter, Sustainable, Spiritual, Scenario (MAD 4Ss)

3. Creating Impact
2LEAD4PEACE

4. Next Generation Learning and skills
UNGS 1201- Hylex(Hybrid Flexible) Transformative Learning for Edu-Action with Soul

Keempat-empat kategori ini menjadi bukti bahawa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia(UIAM) mampu bersaing dan setanding dengan universiti-universiti serta entiti di luar sana yang juga bertaraf antarabangsa.

Pencalonan ini juga sekaligus menunjukkan bahawa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) sangat komited dalam menghidupkan pembangunan lestari yang merangkumi pelbagai aspek untuk melahirkan mahasiswa dan mahasiswi yang proakif serta berdaya saing.

Selamat maju jaya kepada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia(UIAM) dan diharapkan bahawa pencalonan ini akan membawa sinar baharu kepada komuniti di universiti ini.

____________________________________
29 MEI 2021 | 17 SYAWAL 1442H

DAILY KAMPUS – PORTAL MAHASISWA ANDA

Leave a Reply

Your email address will not be published.