Tahniah Buat Barisan Kepimpinan Baru IRKHSSS

[TAHNIAH BUAT BARISAN KEPIMPINAN BARU IRKHS STUDENTS’ SOCIETY (IRKHSSS)]

GOMBAK, 14 Mac – Proses Pilihan Raya yang melibatkan pelajar Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences (KIRKHS) telah berlangsung selama dua minggu sebelum pengumuman rasmi barisan kepimpinan baru IRKHS Students’ Society (IRKHSSS) dibuat semalam.

Peratusan mengundi yang dicatatkan dalam kalangan pelajar kuliyyah tersebut ialah sebanyak 26.6% yang melibatkan penyertaan seramai 1167 pelajar dari jumlah keseluruhan pelajar KIRKHS seramai 4385 orang.

Daripada 8 orang calon yang bertanding, seramai 7 orang calon berjaya menempatkan diri dalam barisan kepimpinan tertinggi IRKHSSS.

Kerusi Presiden IRKHSSS dimenangi oleh Saudari Anis Farihah, pelajar tahun 3 jurusan Psikologi, setelah mendapat undian tertinggi iaitu sebanyak 764 undi. Sementara itu, bagi kerusi Timbalan Presiden 1, telah dimenangi oleh Saudara Miqdam Ahmad Nazmi dari jurusan Bahasa Arab dan Kesusasteraan yang mendapat undian sebanyak 722 undi. Saudara Amirul Sukarno, pelajar tahun 2 jurusan Bahasa Inggeris dan Kesusasteraan pula berada di posisi sebagai Timbalan Presiden 2 IRKHSSS setelah berjaya meraih undian sebanyak 605 undi.

Lain-lain posisi adalah seperti berikut:-

– Setiausaha: Saudari Sofiyah Munirah (573 undi)
– Bendahari 1: Saudari Nurul Izzati (545 undi)
– Setiausaha 2: Saudara Anas Hayyan (445 undi)
– Bendahari 2: Saudara Huzayl Mohd (441 undi)

Tempoh Pilihan Raya IRKHSSS yang pertama kali dilangsungkan ini telah bermula pada 24 Februari 2020 sehingga tarikh membuang undi pada 12 Mac 2020. Seramai 8 orang calon yang bertanding telah memulakan kempen pada 9 Mac sehingga 11 Mac, kemudiannya bertemu di pentas Debat Manifesto pada petang 11 Mac. Pada tarikh 12 Mac iaitu hari pembuangan undi, pelajar KIRKHS menjalankan tanggungjawab untuk memilih 4 orang calon di 2 pusat pengundian yang dibuka bermula jam 8.30 pagi sehingga 5 petang. Proses pengiraan undi berlangsung setelah kedua-dua pusat pengundian ditutup pada petang tersebut sehingga pagi 13 Mac.

Pengumuman rasmi barisan kepimpinan IRKHSSS bagi sesi 19/20 telah dibuat oleh Mantan Presiden IRKHSSS, Saudara Mohamad Ika Danial sekitar jam 3.45 pagi 13 Mac 2020.

Semoga barisan kepimpinan yang baharu ini mampu menjalankan tugas sebaiknya dan dapat terus menaikkan dan mengharumkan nama Kuliah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusian di Taman Ilmu dan Budi ini.

Sumber : IIUMToday
Daily Kampus- Portal Mahasiswa Anda

Leave a Reply

Your email address will not be published.