Tahniah Atas Pembentukan Majlis Tertinggi LAWSOC 20/21

[TAHNIAH ATAS PEMBENTUKAN MAJLIS TERTINGGI LAWSOC 20/21]

Pada 12 Disember 2020, Kuliyyah Undang-undang telah melaksanakan pilihan raya Presiden LAWSOC dengan jayanya. Peratusan pelajar yang turun mengundi adalah sebanyak 36.5%, iaitu kira-kira satu pertiga daripada jumlah keseluruhan pelajar AIKOL.

DailyKampus mengucapkan tahniah kepada semua pelajar Kuliyyah Undang-undang yang telah menunaikan tanggungjawab mereka untuk mengundi.

Pilihan raya Presiden kali ini menyaksikan saingan sengit antara kedua-dua calon lelaki yang bertanding, apabila jumlah kutipan undian masing-masing hanya mencatatkan perbezaan sebanyak 10 undi.

Keputusan undian bagi calon Presiden LAWSOC 20/21 adalah seperti berikut :

▪️ Presidential Seat :
1. Zakiy Najdee (241) – menang kerusi Presiden
2. Ahmad Ibrahim (231)

Adapun bagi kerusi majlis tertinggi yang lain, kenyataan rasmi memutuskan calon-calon ini sebagai menang tanpa bertanding. Antara calon yang mengisi kerusi majlis tertinggi LAWSOC 20/21 adalah seperti berikut :-

▪️Vice President 1 : Muhammad Lutfil Hadi bin Mohd Sabri

▪️Secretary General :
1. Nurul Afifah Aiman binti Marzuki
2. Che Aidil Irfan bin Che Afero
3. Nur Mardhiah Hawani binti Zulkfili

▪️Exco :
1. Muhammad Afif bin Abd Aziz
2. Arif bin Hamdan
3. Hayatul Hafiza binti Che Haat

Tahniah dan syabas kami ucapkan kepada semua calon yang menyandang jawatan tertinggi kali ini. Kami mendoakan agar LAWSOC 20/21 yang akan dibentuk selepas ini sentiasa mendapat rahmat dan naungan daripada Allah SWT.

Selamat menjankan tugas!

Daily Kampus – Portal Mahasiswa Anda

Leave a Reply

Your email address will not be published.