Tahniah Atas Pembentukan Majlis Tertinggi IRKHSSS 20/21

[TAHNIAH ATAS PEMBENTUKAN MAJLIS TERTINGGI IRKHSSS 20/21]

Kulliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan pada hari ini, 24 Disember 2020 telah melaksanakan satu pilihan raya bagi memilih barisan kepimpinan baharu yang akan mengemudi IRKHS Students’ Society bagi sesi 20/21. Syabas dan tahniah diucapkan buat para pelajar KIRKHS yang telah menjalankan kewajipan anda untuk turun mengundi pada hari ini.

Secara keseluruhan, peratus pelajar yang turun mengundi pada sesi kali ini berjaya mencatatkan peningkatan peratusan berbanding pilihan raya IRKHSSS sebelumnya. Peningkatan ini boleh dilihat apabila sebanyak 1499 undian telah diterima, berbanding pada tahun lalu, 1167. Dari segi peratusan pula, 26.6% undian dicatatkan pada pilihan raya 19/20, peningkatan sebanyak 7.6% berjaya diperoleh pada undian kali ini apabila peratusan yang dicatatkan adalah sebanyak 34.2% undian.

Daily Kampus ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua calon yang berjaya menempatkan diri dalam barisan kepimpinan baharu IRKHSSS. Tahniah juga buat para pengundi yang telah meluangkan masa untuk menjalankan tanggungjawab anda.

Keputusan undian bagi calon IRKHSSS 20/21 adalah seperti berikut:

▪ President:
Anas Hayyan- 1082 (74.2%)
Dayini Shaik- 788 (54%)
Fakhruddin Razak- 767 (52.6%)
Akif Anhar- 279 (19.1%)

▪ Secretary:
Amni Lutfi- 837 (57.4%)
Nazifah Ibrahim- 621 (42.6%)

▪ Treasurer:
Amirah Yasmin- 851 (58.4%)
Aliff Naif- 607 (41.6%)

Syabas buat barisan kepimpinan IRKHSSS 20/21 yang berjaya memenangi hati para pengundi hari ini. Diharapkan, tanggungjawab baharu yang bakal digalas ini akan dicermati dengan sebaiknya agar setiap harapan dan amanah dari komuniti KIRKHS yang terletak di pundak kalian dapat dinatijahkan ke dalam bentuk tindakan yang baik dan berkesan.

Selamat menjalankan tugas!

Daily Kampus – Portal Mahasiswa Anda

Leave a Reply

Your email address will not be published.