Tahniah Atas Pembentukan Majlis Tertinggi ENGINIUS XXVII 20/21

[TAHNIAH ATAS PEMBENTUKAN MAJLIS TERTINGGI ENGINIUS XXVII 20/21]

Pada 3 Disember 2020 (dan 4 Disember 2020 bagi proses pengundian semula untuk kerusi Presidential), Kuliyyah Engineering telah melaksanakan pilihan raya Enginius dengan jayanya. Peratusan pelajar yang turun mengundi adalah sebanyak 51.46%. Meskipun hanya mencatat lebih kurang separuh daripada peratusan pelajar KOE yang tersenarai sebagai pengundi, namun ia tetap menjadi kebanggaan bagi seluruh warga kakitangan KOE kerana ia merupakan kali pertama dalam sejarah UIAM membuat undian secara atas talian, selain turut menjadi kuliyyah pertama yang merintis sistem undian secara atas talian.

DailyKampus mengucapkan tahniah kepada semua pelajar Kuliyyah Engineering yang telah menunaikan tanggungjawab mereka.

Keputusan undian bagi calon ENGINIUS XXVII 20/21 adalah seperti berikut :

Presidential Seat
1. Ridhuan (626)
2. Ifzan (569)
3. Fatin (453)

Secretary General Seat
1. Alya (901)
2. Zarifah (384)

Financial Controller Seat
1. Ameera (663)
2. Alya (619)

Tahniah dan syabas kami ucapkan kepada semua calon yang menyandang jawatan tertinggi kali ini. Kami mendoakan agar ENGINIUS XXVII 20/21 yang akan dibentuk selepas ini sentiasa mendapat rahmat dan naungan daripada Allah SWT.

Selamat menjankan tugas!

Daily Kampus – Portal Mahasiswa Anda

Leave a Reply

Your email address will not be published.