SELAMAT HARI ULANG TAHUN TUDM KE-63

“TUDM mampan, ruang angkasa aman” merupakan tema sambutan hari ulang tahun TUDM ke-63 pada tahun ini.

Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) adalah pasukan udara di dalam Angkatan Tentera Malaysia. Pasukan ini ditugaskan untuk mempertahankan ruang udara Malaysia dan dilengkapkan dengan pesawat-pesawat pejuang dan pengangkut.

Mengimbau semula sejarah, TUDM ditubuhkan dalam tahun 1958 sebagai Tentera Udara Persekutuan Malaya. Tetapi sejarah TUDM boleh dikesan jauh lebih awal dengan penubuhan Tentera Udara Sukarelawan Malaya (Malayan Auxiliary Air Force) sebagai cabang tempatan Tentera Udara Diraja Britain di masa penjajahan British.

Pengorbanan TUDM dalam usaha menjaga keamanan ruang udara Malaysia sesungguhnya harus diberikan penghargaan yang tertinggi. Oleh itu, Daily Kampus mengucapkan Selamat Hari Ulang Tahun ke-63 kepada seluruh warga TUDM, veteran serta yang pernah berkhidmat bersama TUDM.

Semoga TUDM terus mengorak langkah dalam mempertahankan kedaulatan ruang angkasa Malaysia serta menjadi sebuah angkatan udara yang disegani dan dihormati di persada antarabangsa.

____________________________________
1 JUN 2021 | 20 SYAWAL 1442H

DAILY KAMPUS – PORTAL MAHASISWA ANDA

Leave a Reply

Your email address will not be published.