SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA IKHLAS DARIPADA DAILY KAMPUS

Bersempena dengan hari raya Aidiladha hari ini, kami daripada Daily Kampus ingin mengucapkan selamat hari raya qurban dan semoga semua sentiasa mendapat keberkatan dari Allah.

Pengorbanan tahun ini amat bermakna buat kita semua. Demi menjaga kestabilan negara dan melindungi daripada wabak Covid-19, kita semua berkorban segala norma sebelum ini dan berubah kepada norma baharu.

Yakinlah wahai sahabat sekalian, pengorbanan kita semua akan diterima oleh Allah dan semoga kita semua terus selamat daripada wabak ini dan mendapat hikmah daripada pengorbanan tahun ini.


20 JULY 2021 | 10 ZULHIJJAH 1442H

DAILY KAMPUS – PORTAL MAHASISWA ANDA

Leave a Reply

Your email address will not be published.