Hari Pekerja 2019

[ MAY DAY : SELAMAT HARI PEKERJA]

“SEJARAH TERPENTING UNTUK PARA PEKERJA SEDUNIA”

Tahun 1865-1900-an,
Zaman ekonomi ‘laissez faire’
Kerajaan tidak bercampur tangan dalam ekonomi.

Pekerja kilang dipaksa untuk:
1) Bekerja 12-16 jam sehari
2) Tiada hari cuti
3) Pekerja kanak-kanak dianggap biasa

:

Tahun 3-4 Mei 1886
“Peristiwa Haymarket”
Pekerja berarak untuk menuntut waktu bekerja selama 8 jam sahaja. Akibatnya, ramai pemimpin kesatuan pekerja telah ditangkap dan dibunuh.
:

Tahun 1888 an
Persatuan Buruh Amerika menjadikan 1 Mei sebagai tarikh peringatan Peristiwa Haymarket.
:

Tahun 1901-1909 an
Roosevelt dengan beraninya menguatkuasakan waktu bekerja 8 jam sehari untuk buruh wanita, mengharamkan pekerja kanak-kanak dan mengenakan kawalan undang-undang ke atas syarikat-syarikat besar (‘trust’)
:

Awal 1970 an
Di Malaysia, Bekas Timbalan Perdana Menteri, Allahyarham Tun Dr. Ismail Abdul Rahman, mengumumkan 1 Mei sebagai hari pelepasan am bagi pekerja.
:

Harapan kepada Mahasiswa yang bakal bergelar ‘fresh graduate’🎓
Ayuh tanamkan sifat semangat dalam bekerja. Sungguh pengorbanan mereka memperjuangkan waktu bekerja perlu kita hargai dengan bekerja dengan penuh bertanggungjawab kerana agama bangsa dan negara.

Sumber :https://www.thevocket.com/sejarah-di-sebalik-kenapa-hari…/

” Pekerja Amanah, Aspirasi Negara “

Leave a Reply

Your email address will not be published.