Sekalung Tahniah Buat Barisan Kepimpinan Baru MRCC UIAM

[SEKALUNG TAHNIAH BUAT BARISAN KEPIMPINAN BARU MRCC UIAM]

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) sekali lagi telah membuka helaian seterusnya apabila menerima wajah-wajah baru sebagai pengemudi Majlis Koordinasi Perwakilan Mahallah atau MRCC semalam. Tampuk kepimpinan baru yang dipimpin oleh pelajar Kulliyyah Kejuruteraan, saudara Iman Mustaqqim bin Borhanoddin sebagai Pengerusi merangkap Presiden MRC Zubair akan meneruskan usaha-usaha menjaga kebajikan mahasiswa khususnya berkaitan mahallah untuk sesi 2020/2021 termasuk soal pendaftaran mahallah, wifi dan sebagainya.

Semoga pelantikan ini dapat memberi nafas dan harapan baru dalam memastikan kebajikan mahasiswa yang menetap di mahallah UIAM sentiasa terjaga, terutamanya sepanjang fasa pembelajaran secara atas talian ini.

Kami daripada pihak Daily Kampus mengucapkan selamat menjalankan tanggungjawab dengan cekap, amanah dan penuh dedikasi. Tahniah dan selamat maju jaya!

Daily Kampus – Portal Mahasiswa Anda

Leave a Reply

Your email address will not be published.