Sekalung Penghargaan, Setulus Ingatan Mahasiswa buat YB. Dr. Maszlee Malik

Daily Kampus merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ingatan mahasiswa atas jasa YB. Dr. Maszlee Malik dalam mengemudi arena pendidikan Malaysia dan juga sebagai Ahli Parlimen Simpang Renggam sepanjang tempoh perkhidmatan beliau di Kementerian Pendidikan Malaysia, 21 Mei 2018- 3 Jun 2020.

“Pemimpin Budiman, Selamanya Dalam Ingatan”

600 hari tempoh perkhidmatan beliau telah membuahkan pencapaian cemerlang. Berikut pencapaian terbesar KPM 2019:

1. Tahap kebolehpasaran kerja graduan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) mencapai 96.5%.

2. Pembacaan semula Akta Pendidikan Tinggi (AUKU) yang menatijahkan lebih autonomi kepada pelajar dan kebebasan bersuara para Akademia.

3. 120 Universiti tempatan tersenarai dalam QS-World Universities Ranking 2020.

4. 5 Oktober saban tahun ditetapkan sebagai Hari Akademia, hari memperingati jasa dan sumbangan ahli akademik.

5. Pilihan Raya Kampus di universiti awam dikelola oleh Mahasiswa sendiri.

Sumber: Infografik Pencapaian KPM 2019

“Daily Kampus – Portal Mahasiswa Anda”

Leave a Reply

Your email address will not be published.