Sejarah Baharu Tercipta! #UNDI18

[ SEJARAH BAHARU TERCIPTA :7.8 JUTA PENGUNDI BAKAL DIDAFTARKAN]

20 Julai- Dewan Parlimen telah menyaksikan undian bersejarah apabila dua pertiga ahli Parlimen iaitu 211 daripada 222 keseluruhan Ahli Parlimen bersetuju dengan pindaan menurunkan had umur pengundi daripada 21 tahun kepada 18 tahun serta tiada yang berkecuali dan tidak bersetuju.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof di akhir sidang Parlimen dewan rakyat pada rabu yang lalu, mengucapkan tahniah atas kesepakatan yang tercapai.

Pengumuman bermakna tersebut dibuat setelah sesi pembentangan oleh Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad, perbahasan dan undian dilaksanakan.

Menerusi pindaan RUU seorang warganegara yang mencapai umur 18 tahun dan layak mengundi akan didaftarkan secara automatik sebagai pemilih oleh SPR.

Lantaran itu, anggaran seramai 7.8 juta pengundi baru akan didaftarkan sebagai Daftar Pemilih dalam tempoh 5 tahun.

Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2019 ini turut memperlihatkan Ahli Parlimen mampu mengetepikan latar belakang ideologi politik dalam menyuarakan sokongan padu ke arah usaha memperkasa suara golongan muda di negara ini. 

Leave a Reply

Your email address will not be published.