‘Public Relations’ dan Persatuan: Satu Kritikan

Oleh: Ulya Husamudin

Ramai yang tertanya kenapa saya pilih untuk ke Public Relations (PR) Secretariat walaupun asalnya di Welfare Secretariat. Ini kerana dogma Masyarakat UIA ini bila dengar PR sahaja tugasnya untuk ‘establish contact’ dan ‘networking’. Paling-paling pun ‘contact’ alumni/universiti lain.

SALAH!

Sebab itu PR selalu dilihat sebagai portfolio yang tidak penting. Jujur saya kata, sepanjang di UIA hanya 2 kali saya lihat PR berfungsi mengikut tujuan penubuhannya, iaitu sewaktu berada di SRC 15/16 dan LAWSOC 14/15.

‘Networking’ dan ‘connection’ bukan tugas utama PR. Keutamaan PR yang sebenar adalah seperti berikut:

1. Making your organization look good.
Tugas PR adalah memastikan organisasi itu sentiasa kelihatan elok walaupun banyak masalah yang berlaku. Ini akan berkait dengan point point saya yang seterusnya.

2. Communication to your clients.
Dalam organisasi clients adalah mahasiswa. PR yang akan mengambil aduan, merespon pada issue dan bahagi mengikut secreteriat yang sepatutnya. Pr juga perlu mendapatkan trust mahasiswa kepada organisasi , mulakan propaganda atau sebarkan maklumat. Contoh memantau aduan/cadangan di IIUM online dan memberitahu kejayaan pelajar UIAM.

3. Statements and stance
PR yang bertanggungjawab untuk mengeluarkan statement kepada rakyat. Statement perlulah mesra dan tidak akan backfire organisasi. Proof-read semua statement yg keluar dari organisasi dan pastikan kualiti dan struktur ayat yang harmoni.

4. President’s wing and protocol.
PR bertanggungjawab menasihati president dalam tindakan beliau. PR akan sediakan maklumat dan merangka ucapan president. Ini bagi melengkapi presiden dan menutup ruang ruang yang boleh menjadikan presiden target serangan. Juga perlu pastikan protocol majlis dijaga terutamanya dalam pastikan flow dan ucapan.

5. Crisis/Damage control
Apa pun issue yang dihadapi organisasi, PR yang akan melakar strategi dan bentangkan kepada MainBoard.

6. Media
PR harus selaraskan media dan informasi kepada pihak media luar mengenai organisasi. Proofread apa yang akan diberitahu pada akhbar/ tv. Juga mengeluarkan press release dan corporate profile organisasi.

7. Networking
PR bertanggunjawab membina hubungan antara organisasi dan sediakan database contacts untuk rujukan yang lain.

Ini antara tanggungjawab PR yang sering ditinggalkan.

SRC 15/16 telah mengaplikasi perkara ini sepanjang memegang amanah. Pendek kata, PR ini adalah juru cakap organisasi dan strategist gerakan organisasi.

Maka saya berharap, mana-mana organisasi di UIAM dapat kemaskan dan kembalikan fungsi portfolio ini. Saya juga sedia membantu bagi yang mahukan bantuan ‘grooming’ atau nasihat untuk portfolio ini.

*Disunting daripada artikel asal Ulya Husamudin

Mantan SRC UIAM 15/16

Leave a Reply

Your email address will not be published.