Profesor Diraja Ungku Aziz Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR – Tokoh akademik, Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid meninggal dunia di Hospital Prince Court di ibu negara, kira-kira jam 4.30 petang tadi akibat sakit tua.

Allayarham, 98, dijangka bakal dikebumikan pada malam ini di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.

Ungku Abdul Aziz yang dilahirkan di London, United Kingdom pada 28 Januari 1922 merupakan tokoh penting dalam penubuhan Lembaga Urusan Tabung Haji dan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA). Beliau banyak menyumbang idea-idea praktikal untuk pembangunan agama, bangsa dan negara, khususnya dalam bidang pendidikan dan ekonomi yang berkait dengan umat Islam.

Bapa kepada bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar ini, merupakan tokoh pendidikan terulung dan pernah dianugerahkan gelaran Profesor Diraja Ekonomi (Pembangunan Luar Bandar) pada 17 Jun 1978. Pada 1968, Allayarham dilantik sebagai Naib Canselor Universiti Malaya (UM) sehingga tahun 1988 dan menjadi Naib Cancelor paling lama berkhidmat di universiti berkenaan.

Antara sumbangan besar beliau dalam bidang ekonomi dan Pendidikan negara termasuklah menjadi salah seorang yang terlibat dalam perangkaan Dasar Ekonomi Baru, pencetus idea penubuhan Pusat Asasi Sains UM, Ahli Majlis Tadbir Urus, Pusat Pengajian Kewangan Islam Antarabangsa, Bank Negara Malaysia (INCEIF Governing Council) dan menjadi Pengarah Pengasas bagi Dewan Negara dan Pustaka.

Daily Kampus – Portal Mahasiswa Anda 

Leave a Reply

Your email address will not be published.