Presiden BEDSA Optimis dengan ERTL

[ PRESIDEN BEDSA OPTIMIS DENGAN ERTL ]

Dalam satu Wawancara Eksklusif: Apa Kata Presiden yang telah ke udara secara langsung di instagram Daily Kampus semalam, Presiden ‘Bachelor of Education Student Association’ (BEDSA) 19/20 iaitu Saudara Zaim AlThaqif telah menjadi tetamu jemputan pertama dan diajukan beberapa soalan oleh moderator dalam wawancara berdurasi sejam tersebut.
Saudara Zaim AlThaqif telah menjawab beberapa persolan berkaitan inisiatif yang telah digerakkan beliau bersama tim dari kalangan pelajar Kulliyah Pendidikan sepanjang dan sebelum fasa Peraturan Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan, visi dan kemas kini manifesto beliau serta pandangan sebagai individu terhadap Emergency Remote Teaching Learning (ERTL).

Ketika ditanya oleh Saudara Moderator, Saudara Zainul Afif yang juga merupakan pelajar Kulliyah Pendidikan tentang ERTL, beliau dengan optimis berkata,
“Saya rasa inilah satu tindakan yang sangat-sangat bagus daripada pihak pentadbiran UIA kepada semua pihak tidak kira ‘lecturer’ mahupun ‘student’ ”. Beliau kemudian secara panjang lebar menerangkan bagaimana ‘guideline’ yang telah dikeluarkan sangat bermanfaat untuk meneruskan sesi pembelajaran yang telah tergendala.

“Mungkin sebelum ini kita tak pernah guna pun online learning ini sebab kita terlalu selesa dengan pembelajaran secara face-to-face, kita hadir ke kelas, dewan kuliyah dan sebagainya, jadi apabila kita hadapi situasi yang agak mencabar, saya rasa ini adalah tindakan yang sangat bagus yang mana kepada student yang subjeknya memerlukan face-to face learning seperti pelajar Kulliyah Engineering ia satu keringanan untuk student jalani kelas macam biasa.”

“ERTL ini juga peluang untuk tolong pelajar yang tidak ada line di rumah, atau slow connection untuk balik ke UIA”. Mereka dapat memanfaatkan ‘wifi service’ di UIA yang sangat baik dan jayakan ‘online learning’ ini.

“Bagi saya ini ialah situasi yang baharu yang mana bukan student sahaja perlu biasakan dengan online learning, malah para lecturer juga bertungkus lumus, seperti mana kita tahu semua pensyarah di UIA telah jalani kursus, mungkin ada lecturer yang tengah belajar menggunakan Zoom, Google Meet, Skype dan sebagainya. Itu untuk kelas, untuk bagi assesment juga tiada masalah untuk diberi secara online.”

Menutup jawapan beliau berkenaan ERTL, beliau sekali lagi menegaskan bahawa manfaat jangka panjang akan diperoleh apabila kita telah berjaya menggunakan platform secara atas talian selama berbulan-bulan dan konsep ‘paperless’ dapat dijayakan.

Daily Kampus – Portal Mahasiswa Anda

Leave a Reply

Your email address will not be published.