Semoga Berjaya kepada Semua Calon KBS 2021/2022 yang Bertanding

Semboyan telah berbunyi. Menuju medan baktiā€¦

Debaran pilihan raya kuliyyah kian terasa. Tarikh pilihanraya bagi IRKHSSS dan Enginius antara yang terdekat telahpun diumumkan. Sehubungan dengan itu, semua pelajar kuliyyah terbabit digalakkan untuk sentiasa peka dan cakna dengan tarikh-tarikh penting pilihan raya mengikut garis masa (timeline) yang telah ditetapkan.

Tempoh penamaan calon bagi IRKHSSS telahpun bermula sejak 29 November hingga 1 Disember. Seterusnya, tempoh berkempen bagi IRKHSSS bermula pada 4 Disember dan berakhir pada 8 Disember, diikuti dengan hari pengundian pada 9 Disember.

Manakala bagi Enginius pula, tempoh penamaan calon telah bermula sejak 29 November hingga 3 Disember. Tempoh berkempen bermula pada 6 Disember dan akan berakhir pada 9 Disember, diikuti dengan hari pengundian pada 10 Disember.

Begitu juga persatuan kulliyyah lain seperti EMSS yang akan mengadakan hari pengundian pada 17 Disember dan disusuli Lawsoc pada 18 Disember serta Bedsa pula pada 23 Disember. Walaubagaimanapon, tarikh untuk ICTSS belum diumumkan lagi begitu juga untuk Archimic yang berkemungkinan tiada pilihan raya mengikut tradisi sebelumnya.

Daily Kampus mengucapkan selamat mengundi buat semua mahasiswa UIAM. Tunaikanlah tanggungjawab anda sebagai pengundi, dan pilihlah calon terbaik yang mampu membawa reformasi untuk kuliyyah tercinta.

Leave a Reply

Your email address will not be published.