Penerangan RUU 355 Pertama di UIAM

GOMBAK – Ma’ruf Club UIAM berjaya menganjurkan satu simposium ‘RUU 355, A Step Towards a Better Malaysia’ dengan kehadiran peserta hampir 200 orang. Ini bertepatan dengan pembentangan rang undang-undang persendirian di parlimen oleh YB Marang Dato Sri Haji Hadi Awang, bagi meminda Akta 355 untuk mencadangkan pindaan pada seksyen 2 dan penambahan seksyen 2A.

Menurut pengarah program, Izrin Ayob, objektif utama dianjurkan symposium sebegini untuk mendedahkan orang ramai terutama mahasiswa tentang kedudukan dan kepentingan mahkamah syariah dalam perundangan negara. Dalam masa yang sama mampu menjalinkan hubungan yang harmoni antara mahasiswa dan para ilmuan.

Beliau menyatakan rasa syukur atas sambutan yang menggalakkan daripada mahasiswa terhadap program itu. Harapan beliau “Semoga ilmu yang diperoleh hari ini disampaikan kepada masyarakat di luar sana”.

“Dengan peningkatan hukuman bagi kesalahan syariah menerusi RUU 355 mampu menjadi penegahan dan menimbulkan rasa gerun dalam kalangan masyarakat untuk tidak melakukan kesalahan-kesalahan syariah. Dengan ini matlamat syariah dapat dicapai,”

ujar Prof Madya Dr Hisyam

dalam pembentangannya berkaitan kedudukan dan prestasi Mahkamah syariah di Malaysia.

Turut membentangkan kertas, Prof Madya Dr Syamrahayu, beliau menjelaskan secara lebih dalam mengenai undang-undang syariah.

Dalam slot terakhir, Dr Fathi Yusof menegaskan bahawa RUU355 merupakan satu proses kearah mengislamkan sistem perundangan di Malaysia.

Ahli jawatankuasa Maruf Club UIAM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *