Pembuka Tirai 2020: Lebih 500 Mahasiswa Bangkit Pertahankan Jawi

Kuala Lumpur, 1 Jan- Belum cukup 24 jam kehangatan sambutan Ambang Tahun Baru 2020 berlangsung di sekitar bandaraya, lebih 500 anak muda atau lebih tepatnya mahasiswa menjadikan perkarangan Pasar Raya terkenal Sogo sebagai tapak ‘Perhimpunan Aman: Bangkit Mempertahankan Jawi’ anjuran Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS).

Menurut kenyataan Timbalan 2, Majlis Politik Nasional GAMIS, Saudari Masitah binti Ismail, tujuan mereka berkumpul adalah untuk mendesak pengharaman Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina, Dong Zong yang disifatkan sebagai ‘Anti-Nasional’.

Tambahnya lagi, “Tulisan Jawi juga telah termaktub sebagai tulisan kebangsaan dalam Akta Bahasa Kebangsaan 1963”. Perhimpunan anjuran Dong Zong untuk membantah pengajaran dan pembelajaran tulisan Jawi di sekolah vernakular pada 28 Januari 2019 telah diharamkan kerajaan. Terdahulu, senarai 10 Sebab Dong Zong perlu diharamkan turut dikeluarkan media rasmi GAMIS.

Wakil persatuan bukan kerajaan (NGO) seperti Gerakan Pembela Ummah turut hadir menyuarakan desakan agar keharmonian negara terjaga dengan lenyapnya ‘persatuan pelampau’dalam perhimpunan tersebut. Mereka membawa sepanduk “Rakyat Bangkit Pertahan Jawi” , “Haramkan Dong Zong” dan lain-lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published.