NUZUL QURAN 17 RAMADHAN : ‘PENURUNAN’ YANG MENGHIDUPKAN

Bersempena dengan Sambutan Nuzul al-Quran pada 17 Ramadhan ini, seluruh umat Islam diseru untuk menghayati hikmah yang terkandung menerusi peristiwa ini dengan menginsafi tujuan Al-Quran diturunkan.

Peristiwa Nuzul al-Quran mendidik kita bahawa kandungan ajaran al-Quran adalah bersifat mukjizat merintis masa dan tempat meskipun telah diturunkan lebih 1400 tahun yang lalu. Ia merupakan mukjizat terbesar yang menjadi panduan hidup bagi umat Islam, terkandung di dalamnya pelbagai pengajaran dan falsafah kehidupan yang tinggi nilainya sebagai pedoman kehidupan insani.

Ayuhlah kita kembali kepada al-Quran dan sunnah dengan menjadikannya sebagai dasar untuk mengukuhkan perpaduan seluruh umat Islam. Ingatlah, asas kemuliaan umat Islam terletak pada al-Quran sebagai sumber utama kehidupan. Rebutlah peluang dalam bulan Ramadhan yang mulia ini untuk meningkatkan mutu dan nilai ibadah seharian bersama al-Quran.

_____________________________________

28 APRIL 2021 | 17 RAMADAN 1442H

DAILY KAMPUS – PORTAL MAHASISWA ANDA

Leave a Reply

Your email address will not be published.