Mahasiswa UIAM Menerima Tajaan Komputer Riba

GOMBAK, 30 Jun – Berikutan ERTL yang dijalankan kesan daripada pandemik Covid-19, UIAM terus memberikan perhatian kepada mahasiswa yang berkeperluan terutamanya yang datang daripada golongan B40. Baru-baru ini, pihak UIAM telah mengorak langkah proaktif dengan mengendalikan ‘Majlis Penyerahan Komputer Riba kepada Pelajar UIAM yang Berkeperluan (Kumpulan Pertama)’ bermatlamatkan untuk memberikan sokongan kepada pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan dari segi kemudahan untuk meneruskan pembelajaran secara atas talian. Majlis tersebut yang telah diadakan pada 30 Jun 2020 yang lalu, melibatkan seramai 17 orang pelajar yang sudah kembali ke kampus beserta 4 orang pelajar daripada UIAM Kuantan daripada sejumlah 40 orang penerima bagi kumpulan penerima pertama.

Usaha kolaboratif ini dijalankan oleh pihak UIAM dengan usahasama beberapa jabatan berkaitan; antaranya ialah Pejabat Timbalan Rektor (Pembangunan Mahasiswa dan Perhubungan Masyarakat), Bahagian Informasi Teknologi (ITD), IIUM Endowment Fund (IEF) serta Kesatuan Pelajar UIAM. Acara ini telah dirasmikan dengan jayanya oleh Prof. Dr. Isarji (mewakili Rektor UIAM), dengan diiringi oleh Prof. Madya Dr. Zulkifli Hasan (Timbalan Rektor Pembangunan Mahasiswa dan Perhubungan Masyarakat), Puan Hafsah Mohd. Yusoff, En. Mohd Razif Mamat serta turut disertai oleh beberapa rakan media.

Pemberian baucar tebusan komputer riba berjenama Lenovo ini diberikan kepada pelajar-pelajar yang berkelayakan dan melepasi piawaian yang ditetapkan oleh STADD, IEF dan IIUMSU sebagai unit-unit yang bertanggungjawab untuk mengenalpasti pelajar-pelajar yang benar-benar memerlukan. Dikatakan juga, bantuan sumbangan bagi kumpulan penerima kedua yang akan melibatkan seramai 180 orang pelajar akan dijalankan pada masa terdekat ini. Teruskan mengikuti media sosial IIUMSU untuk mendapatkan maklumat terkini tentang bantuan sumbangan tersebut.

Usaha yang murni ini wajar dipuji oleh semua pihak sebagai suatu usaha yang bersifat maju ke hadapan memandangkan pembelajaran secara atas talian adalah suatu pengalaman pembelajaran yang pasti akan dilalui pada masa hadapan yang akan menggantikan pembelajaran secara tradisional.

Daily Kampus – Portal Mahasiswa Anda

Leave a Reply

Your email address will not be published.