Laungan ‘Student Power’ Kembali Bergema di UKM!

LAUNGAN ‘STUDENT POWER’ KEMBALI BERGEMA DI UKM

7 OKTOBER 2018 – Gabungan Mahasiwa Islam Se-Malaysia (GAMIS) telah menganjurkan rapat umum mahasiswa Malaysia yang bertempat di Dewan Canselor Tun Abd Razak, Universiti Kebangsaan Malaysia. Hampir 400 orang mahasiswa telah hadir dari universiti di seluruh negeri seperti Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Kolej Universiti Islam Antarabangsa (KUIS) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Rapat umum mahasiswa Malaysia ini, menurut GAMIS, diadakan bertujuan untuk :

1. Memberikan pendidikan politik kepada Mahasiswa agar lebih sensitif, cakna dan bertanggungjawab ke atas proses demokrasi kampus dalam negara.

2. Memupuk semangat budaya politik matang, mengangkat prinsip perpaduan, saling menghormati dan meraikan kepelbagaian dalam masyarakat di kampus.

3. Selain itu, ia juga memupuk budaya politik hujah dan solusi serta meninggalkan budaya politik samseng dan caci maki.

4. Memberikan penegasan kepada mahasiswa agar berpatisipasi di dalam pesta demokrasi kampus dan memilih calon yang sedia berkhidmat, berani mempertahankan hak mahasiswa serta mengangkat dasar yang mengutamakan kepentingan mahasiswa.

Rapat umum tersebut telah dipengerusikan oleh saudara Ikhwan Nasyriq, Naib Presiden 3 GAMIS serta pidato daripada Afiq Faiz (Sinergi Mahasiswa Islam), Ariff Muazzam (Inspirasi Varsiti), Azrie Izid (Smart UPM), Arif Saufi (Wakil MPP), Hazwan Rouzlan (Wufi) dan Syafiq Adabi (Neo Siswa).

Rapat umum itu turut dibantu oleh Pentadbiran Universiti Kebangsaan Malaysia dan berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.