Korban Mengajar Erti Jiwa Merdeka

::: 11 OGOS 2019 / 10 ZULHIJJAH 1440H :::

🌺KORBAN MENGAJAR ERTI JIWA MERDEKA 🌺

Pihak Daily Kampus ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan ‘عيد ميلاد سعيد’ kepada semua umat Islam serta kepada semua warga Universiti Islam Antarabangsa Malaysia khususnya.

Buat teman-teman yang akan menjalankan ibadah korban pada tahun ini. Moga dipermudahkan urusan serta diterima amal.

Di sini disertakan antara hikmah melaksanakan ibadah korban:-

1. Tanda kesyukuran kepada Allah segala nikmatNya seperti nikmat kesihatan, kebahagiaan, kemewahan dan nikmat keimanan kepadaNya.

2. Membantu golongan fakir miskin dan mengikis sifat cintakan dunia.

3. Mendapat ganjaran besar yang berlipat ganda daripada Allah SWT. Hadis nabi yang bermaksud, “Pada setiap helai bulunya itu kita akan memperoleh satu kebaikan”. (HR. Ahmad dan Ibnu Majah)

Tuntasnya, ibadah korban dan haji mengajar kita supaya memerdekakan jiwa dan membebaskan diri daripada sebarang unsur syirik dengan mengikhlaskan pengabdian sepenuhnya kepada Allah Pencipta sekalian alam. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *