KAEDFEST 2019

[KAEDFEST 2019: MEMPERLUAS RAKAN STRATEGIK]

GOMBAK- Festival KAED 2019 bakal melabuhkan tirai pada 30 September ini. Hampir seminggu acara tahunan ‘KAED Fest’ ini menawarkan kepada komuniti Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pelbagai aktiviti berbayar mahupun percuma. Selain itu, turut dibuka peluang menyertai pertandingan ‘Bazaar KAED Road’ yang menjanjikan hadiah harian kepada pemenang.

KAED Fest pada tahun ini memperluaskan kolaborasi rakan strategik dengan melibatkan syarikat ‘The Malaysia Book Of Records’ dan ‘Global Youth Premier’. Antara 15 program utama yang dianjurkan ialah ‘Banner’ cap tapak tangan terbesar, dialog, pameran hasil karya pelajar serta tenaga pengajaran Kuliyyah Seni Bina dan Reka Bentuk Alam Sekitar (KAED) sendiri, kejohanan E-games, Rumah Komedi, Larian Survival, 2 Jalan, Pertunjukan silap mata, ‘Stage of Unity’ , Akustika serta ‘Bazaar KAED road’.

Penolong Pengurus Eksekutif Program 2 dan 3, iaitu Saudari Ain Nazihah binti Mohd Ikbal dan Saudara Badrul Amin bin Razman ketika diminta mengulas mengenai objektif penganjuran secara keseluruhan berkata ia adalah sebagai satu latihan kepada komiti baru di samping memperkenalkan tradisi dan budaya masyarakat setempat. Antara keunikan lain adalah peluang kepada komuniti UIAM untuk mempelajari budaya orang asli melalui aktiviti bersama dan pembuatan kraf tangan secara langsung di Rumah Kutai UIAM IUM .

Penganjuran program yang mensasarkan pelbagai latar belakang pelajar UIAM ini dan melibatkan jaringan komuniti luar selari dengan tema ‘Unity and Integration’ yang ingin diketengahkan.

Minggu awal semester pertama 2019/2020 menyaksikan pelbagai program mega dianjurkan. Simposium keusahawanan bertaraf global atau ‘Global Entrepreneurship Symposium’ (GES) dan kempen kesedaran secara besar-besaran terhadap komuniti orang kelainan upaya atau ‘IIUM Disability Grand Awareness Campaign’ (IDGAC) juga sewajarnya mendapat sambutan penuh daripada pelajar UIAM.

Leave a Reply

Your email address will not be published.