ISLA: Mencipta Sejarah Mahasiswa

Selepas 33 tahun penubuhan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, parlimen mahasiswa berjaya ditubuhkan secara rasmi di universiti ini.

IIUM Student Leaders’ Assembly (ISLA) mempunyai 146 keahlian daripada presiden-presiden kelab, badan berunifom, persatuan-persatuan kulliyyah, dan mahallah termasuk 24 ahli Majlis Perwakilan Pelajar UIAM (SRC). ISLA turut dihadiri lima orang wakil Majlis Perwakilan Pelajar UIAM Kuantan sebagai pemerhati.

Penyertaan parlimen mahasiswa ini bukan sekadar diwakili oleh presiden pelajar tempatan, malah turun dihadiri oleh wakil pelajar antarabangsa. Hal ini menunjukkan bahawa pimpinan pelajar bukan sekadar membawa suara Malaysia. Mereka turut berperanan sebagai duta yang membawa suara ummah.

Mencipta kelainan apabila UIAM mencatat nama sebagai universiti pertama di Malaysia yang mengaplikasikan penggunaan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa rasmi dalam persidangan parlimen mahasiswa. Dalam pada itu, UIAM merupakan Universiti Islam Antarabangsa pertama di dunia yang menggerakkan parlimen mahasiswa. Ini merupakan kejayaan yang perlu dibanggakan oleh setiap pelajar.

ISLA yang dicetuskan oleh Mantan Presiden SRC 2010/2011, saudara Iqbal Ab Wahab telah dirasmikan oleh Prof. Dato’ Dr. Zaleha Kamaruddin, Rektor UIAM ,turut diiringi oleh Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar), Prof. Dato’ Dr. Mizan Hitam.

Persidangan yang berlangsung selama hampir satu hari berjaya membawa 11 usul. Sembilan antaranya dibahaskan dan yang selebihnya diterima tanpa perbahasan. Jelas,kesemua usul yang dibawa menjurus kepada kepentingan mahasiswa dan juga kakitangan yang bernaung dibawah kerajaan UIAM. Semua usul diterima dengan undian majoriti oleh perwakilan mahasiswa. Usul tersebut akan dibawa ke peringkat perbincangan bersama pentadbiran UIAM.

Menurut saudara Aiman Azahan, Presiden pelajar UIAM, “SRC berperanan sebagai ‘kerajaan’ yang akan menggerakkan usul-usul yang diterima dalam parlimen mahasiswa”. Beliau yang juga membawa usul untuk meletakkan ISLA di bawah perlembagaan UIAM menegaskan, bahawa tidak akan timbul isu pertembungan antara peranan ISLA dan SRC UIAM.

Dari pihak universiti, mereka akan berusaha sedaya upaya untuk membekalkan tiga ‘M’, dalam menggerakkan ISLA iaitu ‘manpower’, ‘money’ ,dan ‘machine’ .

Parlimen mahasiswa, ISLA diakhiri dengan ucapan penghargaan oleh pengarah program, juga merangkap setiausaha agong SRC, Saudara Muhammad Syarifuddin Mohamed Sofian.

“Kejayaan penubuhan ISLA ini bukan kemenangan individu, tetapi ia merupakan kemenangan kita bersama, juga kejayaan pemimpin pelajar yang lepas”,

“Perbezaan itu membuatkan kita saling melengkapi dan menguatkan”,

Muhammad Syarifuddin Mohamed Sofian.

beliau menutup ucapan sempena berakhirnya ISLA yang julung kali diadakan itu.

Semoga ISLA ini dapat dijadikan contoh dan diteruskan oleh generasi akan datang.

IIUM Student Assembly (ISLA) 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published.