ISLA: Kejayaan Mahasiswa Bersama

Tanggal 3 April 2016 menjadi tarikh yang bersejarah buat mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia secara khusus apabila IIUM Student Leaders’ Assembly (ISLA) atau lebih dikenali sebagai parlimen mahasiswa berjaya dilaksanakan oleh sesi kepimpinan MPP UIAM 2015/2016 (SRC UIAM) pada kali ini. Tidak lupa, usaha ini juga merupakan hasil kerja keras beberapa tenure SRC sebelum ini bagi memastikan perkara ini akhirnya berjaya dilaksanakan dengan lancar dan sempurna.

Ini merupakan kali pertama buat seluruh pimpinan mahasiswa yang mewakili kelab dan persatuan masing-masing bersidang secara rasmi bagi mengusulkan dan masalah-masalah yang berlaku di dalam universiti khususnya kepada perkara yang memberikan kesan kepada para mahasiswa. Segala usul yang dibawa untuk diputuskan akan dibahaskan oleh semua pimpinan pelajar terlebih dahulu supaya keputusan yang matang dapat dicapai secara bersama dan menyeluruh.

Justeru, seharusnya kejayaan dalam menghasilkan medium sebegini perlu dirasai di dalam diri seluruh mahasiswa uiam kerana ini lah merupakan antara satu kejayaan dan pengiktirafan yang diberikan kepada seluruh mahasiswa UIAM dimana ia dapat menunjukkan bahawa suara mereka dapat diangkat dan dipandang secara lebih serius oleh pihak pentadbiran atasan universiti selepas ini.

Tahniah buat semua pimpinan mahasiswa yang bersidang di ISLA kelmarin. Semoga mendapat manfaat dan pengalaman yang tidak ternilai daripada program sebegini untuk digunakan agar dapat terus berbakti kepada seluruh komuniti UIAM selepas ini.

Siiru ‘ala barakatillah

Muhammad Amirul Amin Bin Azmi
Presiden ENGINIUS XXII

Leave a Reply

Your email address will not be published.