Hari Raya Aidilfitri 2019

BERAYA MENGIKUT ACUAN SUNNAH

‎بسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

“Titah Perintah Duli yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda yang di Pertuan Agong setelah diperkenankan oleh Duli Duli yang Maha Mulia raja-raja maka adalah dengan ini mengisytiharkan bahawa tarikh hari raya puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ialah pada hari Rabu 5 Jun 2019.”

Dengan pengumuman rasmi oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja maka Malaysia bakal menyambut hari lebaran yang ditunggu-tunggukan. Sebelum masing-masing sibuk dengan persiapan, eloklah kiranya kita perhatikan hadis berikut:

‎عَنْ أَبِي أُمَامَةَ رضي الله عنه عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : (مَنْ قَامَ لَيْلَتَيْ الْعِيدَيْنِ مُحْتَسِبًا لِلَّهِ لَمْ يَمُتْ قَلْبُهُ يَوْمَ تَمُوتُ الْقُلُوبُ)

Daripada Abi Umamah daripada Nabi saw, ia bersabda, ‘Sesiapa yang menghidupkan dua malam hari raya (Aidilfitri dan Aidiladha) ikhlas kerana Allah, maka hatinya tidak akan mati pada hari dimatikan hati.’
(H.R. Ibnu Majah)

Hadis ini menggambarkan bahawa pada hari kiamat kelak orang-orang yang beriman dan beramal soleh hatinya hidup (bahagia dan gembira) kerana berjaya mendapat balasan yang baik dan redha Allah Azza Wa Jalla. Sebaliknya orang yang kufur ingkar hatinya mati (hampa dan kecewa) pada hari itu kerana dimurkai Allah dan ditimpakan dengan seburuk-buruk balasan.

Menjelang ketibaan Syawal ini, kita perlu kembalikan semangat meraikan Aidilfitri mengikut gaya Baginda SAW supaya kegembiraan sambutannya beroleh pahala dan keberkatan di sisi-Nya.

Antara amalan sunnah yang patut dilaksanakan pada sambutan Aidilfitri :

1) Mengenakan pakaian baharu.
2) Mandi sunat hari raya
3) Menjamah makanan terlebih dahulu sebelum menuju ke masjid bagi melaksanakan solat hari raya.
4) Bertakbir raya
5) Kita dianjurkan membuka lembaran baharu dengan saling ziarah menziarahi dan bermaafan.

Semoga Aidilfitri ini memberikan kita keberkatan dan ganjaran pahala besar di sisi Allah SWT sama seperti apa yang kita harapkan pada bulan Ramadan ini.

‎تقبل الله منا ومنكم

#salamlebaran
#rayasunnah
#hidupkanmalamrayadenganibadah

Leave a Reply

Your email address will not be published.