Hari Berdarah Aleppo : 1 Kematian / 25 Minit

Mac 2011 sejarah merekodkan bermulanya kebangkitan rakyat Syria menentang Presiden zalim Bashar al-Assad. Sehingga kini serangan kerajaan Syria terhadap rakyatnya yang dilabel sebagai “the rebels” atau pemberontak makin kuat jelas terserlah memperlihatkan angka korban yang semakin meningkat.

Pada hari Isnin (25/04/2016), ‘Syrian Observatory for Human Rights’ melaporkan sekurang-kurangnya 60 mangsa terbunuh antara hari Jumaat dan Ahad dek serangan balas antara tentera kerajaan dan pemberontak di Bandar Aleppo, Syria. Serangan tersebut berlaku sehari selepas pemberontak mengorbankan 19 anggota awam dan mencederakan seramai 120 mangsa.

Hari berterusan menjadi gelap buat penduduk di Aleppo tatkala lagi 35 rakyat terkorban, termasuk 8 kanak-kanak and 5 anggota penyelamat impak dari serangan balas yang berlaku antara kerajaan dan rakyat yang menentang pada hari Selasa kelmarin. Hari tersebut merupakan hari kelima serangan berdarah di Aleppo yang bermula sejak Jumaat lepas.
Menurut Ahmad Sheikho, salah seorang ahli pertahanan awam, ambulans dan kereta milik doktor-doktor turut menjadi target serangan.

Serangan terhadap Hospital Al-Quds semalam telah mengorbankan lebih kurang 16 orang rakyat yang tidak bersalah termasuk staf pegawai perubatan dan doktor dan pada hari ini lagi 20 mangsa terkorban akibat serangan rejim di salah sebuah hospital di Aleppo, Kini, angka telah meningkat sehingga 100 mangsa akibat serangan rejim udara dan militan kerajaan dan pemberontak,

Menurut laporan Al-Jazeera “Syria civil war: Dozens killed in Aleppo attacks”, peratus rakyat terkorban dan cedera akibat bom dan letupan telah meningkat sehingga 50% sejak tahun 2011. Berkata Staffan de Mistura, diplomat PBB yang diutus khas oleh United Nations bagi menyelesaikan krisis di Syria, dianggarkan seramai lebih 400,000 rakyat Syria terkorban setakat minggu lepas. Bahkan beliau turut menekankan bahawa anggaran tersebut bukanlah statistik konklusif oleh UN. Syria berterusan berdarah bahkan makin parah apabila pada hari ini, de Mistura berkata anggaran kematian dan kecederaan rakyat Syria ialah takat purata satu kematian setiap 25 minit dan satu kecederaan setiap 13 minit!

Rakyat Syria terus menerus ditindas oleh kerajaannya sendiri – kerajaan yang dipimpin Bashar al-Asad laknatullah yang rakus keduniaan dan dangkal mindanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.