Daulat Tuanku

::: 30 JULAI 2019 bersamaan 27 Zulkaedah 1440H :::

DAULAT TUANKU

[ ‘RAJA DAN RAKYAT BERPISAH TIADA’ : 10 PERKARA YANG KITA PERLU TAHU]

Warga kerja Daily Kampus merafak sembah tahniah dan penghargaan atas pemasyhuran Paduka Seri Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebagai Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong ke-16.

Sebagaimana rata-rata rakyat negeri Pahang telah mengenali hati budi Tuanku secara dekat, maka Daily Kampus mengajak ‘follower’ untuk sama-sama mengenali Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong.

10 PERKARA YANG KITA PERLU TAHU

1) Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah adalah gelaran rasmi dan membawa maksud Sultan Abdullah pembela agama yang dipilih Allah swt.

2) Baginda diputerakan (lahir) pada 30 Julai 1959 di Istana Mangga Tunggal, Pekan dan merupakan paduka putera sulung Sultan Ahmad Shah, Sultan bagi negeri Pahang dan seluruh jajahan takluknya.

3) Baginda mendapat pendidikan awal di Sekolah Ahmad, Pekan dan Sekolah Rendah St. Thomas, Kuantan serta di Sekolah Menengah St. Thomas, Kuantan sebelum melanjutkan pelajaran ke luar negara.

4) Baginda melanjutkan pelajaran dalam bidang ketenteraan di Royal Military Academy Sandhurst, England dan kemudian dianugerahkan Diploma dalam ‘International Relations’ dan ‘Military Diplomacy’.

5) Pada 1 Julai 1975, pada usia 16 tahun, baginda telah dilantik menjadi Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang dan kemudiannya telah dimasyhurkan pada 23 Oktober 1977 di Istana Abu Bakar, Pekan.

6) Baginda merupakan seorang yang aktif dalam bidang sukan bahkan telah aktif semenjak kecil lagi dalam sukan hoki dan bola sepak dan memegang jawatan Presiden Kelab seperti sukan Polo dan Skuasy.

7) Baginda merupakan Canselor bagi 3 universiti di Malaysia iaitu Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Universiti Pahang Malaysia (UMP) dan DRB-HICOM University of Automotive Malaysia.

8) Baginda telah menamatkan zaman bujang dengan menikahi Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah merupakan puteri ketiga Sultan Johor, Sultan Mahmud Iskandar.

9) Baginda dikurniakan 3 orang putera dan 5 orang puteri di samping mengambil seorang putera angkat.

10) Baginda dan Permaisuri Agong serta kerabat akan bersemayam di Istana Negara Jalan Duta.

#DaulatTuanku
#Rajadanrakyatberpisahtiada
#Agongkita

Leave a Reply

Your email address will not be published.