Datuk Dr. Mohd Daud Bakar dilantik sebagai Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)

[ Datuk Dr. Mohd Daud Bakar dilantik sebagai Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) ]

Tahniah diucapkan kepada Datuk Dr. Mohd Daud Bakar selaku Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri telah menyerahkan watikah pelantikan kepada 21 ahli MAIWP yang baharu.

Datuk Dr. Mohd Daud Bakar yang juga Pengerusi Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia adalah seorang tokoh dan pakar kewangan Islam, selain aktif menjadi penasihat syariah institusi kewangan di peringkat antarabangsa seperti di Oman; Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE); Perancis dan London, England.

Daily Kampus yang mewakili komuniti UIAM mengucapkan setinggi-tinggi ucapan tahniah atas pelantikan beliau. Semoga Datuk Dr. Mohd Daud Bakar, presiden UIAM kami menjadi pelopor dan teladan kepada institusi perbankan Islam di mata komuniti UIAM sekaligus di peringkat nasional.

Instagram: https://www.instagram.com/dailykampusofficial/
Twitter: https://twitter.com/DailyKampus
Telegram: https://t.me/dailykampus

Daily Kampus – Portal Mahasiswa Anda

Leave a Reply

Your email address will not be published.