”Atas Nasihat Ayahanda”- Dr. Maszlee

:::”ATAS NASIHAT AYAHANDA”- DR. MASZLEE :::

Putrajaya, 2 Jan – Menteri Pendidikan Malaysia, YB. Dr. Maszlee Malik petang semalam telah mencetuskan pelbagai reaksi masyarakat apabila mengumumkan peletakan jawatan beliau dalam satu sidang media khas. Keputusan yang diambil mengejutkan masyarakat kerana tiada sebarang desas desus atau desakan daripada akar umbi.

Beliau yang juga merupakan ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia(PPBM), menyatakan kerelaan hati untuk mengundurkan diri dari kementerian tersebut dan menisbahkan keputusan yang diambil atas nasihat ketua pemimpin parti beliau, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

“Dengan nasihat ‘Ayahanda’ perdana menteri, saya Dr. Maszlee Malik memulangkan semula jawatan saya sebagai Menteri Pendidikan Malaysia kepada Perdana Menteri berkuat kuasa 3 Januari 2020”, ujar beliau dalam kenyataan media tersebut.

Terdapat golongan masyarakat yang mengaitkan tekanan keputusan tersebut diambil atas tekanan para pemimpin parti Democratic Action Party (DAP) terhadap beberapa polisi pendidikan yang diperkenalkan seperti isu kuota Pelajar Matrikulasi Universiti Awam serta terkini, pengajaran tulisan Jawi di Sekolah Jenis Kebangsaan. Mereka menggerakkan petisyen agar jawatan beliau dikekalkan dengan ‘hashtag’ #supportMaszlee.

Baca penuh di laman portal
https://dailykampus.net/…/atas-nasihat-ayahanda-dr…/

” Portal Mahasiswa Anda”

Leave a Reply

Your email address will not be published.