WAWANCARA EKSKLUSIF: APA KATA PRESIDEN?
Daily Kampus, portal mahasiswa anda, masih lagi bersama anda dalam Wawancara Eksklusif Siri 3. Kali ini kami menampilkan tetamu jemputan daripada sebuah fakulti yang tertua di UIAM iaitu Ahmad Ibrahim Kuliyyah of Laws (AIKOL). Beliau ialah Saudara Hafiz Wan Zin yang merupakan pelajar tahun 3 LLBS merangkap Presiden Persatuan Mahasiswa Undang-undang (Law Students’ Society – LAWSOC) sesi 19/20.
Jom bersama kami sekali lagi dalam merungkai persoalan menarik mengenai kuliyyah dan isu semasa yang berlaku di UIAM. Apa kata Presiden LAWSOC pada sesi kali ini? Nantikan bersama moderator kami, Saudara Shahidan Deraman pada waktu yang sama di laman Instagram portal mahasiswa anda, Daily Kampus.
BUTIRAN WAWANCARA
Hari: Selasa
Tarikh: 19 Mei 2020
Masa: 2.30 Petang
Medium: Live Instagram dan Facebook Page Daily Kampus
Panel: Saudara Hafiz Wan Zin, Presiden LAWSOC 19/20
Moderator: Saudara Shahidan, Pelajar Tahun 4 KENMS
Terbuka kepada seluruh warga UIAM
Siaran Langsung akan dilakukan menerusi akaun Facebook dan Instagram Daily Kampus
Facebook: https://www.facebook.com/dailykampusdotcom/
Instagram:
https://instagram.com/dailykampusofficial…
DAILY KAMPUS – PORTAL MAHASISWA ANDA