Anugerah RCE 2020 Iktiraf Lapan Projek Inovatif Pendidikan UIAM

[Anugerah RCE 2020 Iktiraf Lapan Projek Inovatif Pendidikan UIAM]

KUALA LUMPUR- Pusat Kepakaran Serantau Pendidikan untuk Pembangunan Lestari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) atau ‘RCE Greater Gombak’ menang lapan anugerah Projek Inovatif Pendidikan.

Anugerah RCE 2020 merangkumi projek di bawah spektrum Pembangunan Lestari, ia termasuk pembinaan kurikulum, pengurangan risiko bencana, pembaziran, pengetahuan tradisional, ekopelancongan, dan pendidikan berkualiti.

Selasa lalu, lapan projek UIAM telah memenangi anugerah itu dan diumumkan menerusi portal Global Regional Centre of Expertise on Education for Sustainable Development (RCE) Network.

Dalam tiga kategori yang dipertandingkan, dua projek menang di bawah kategori ‘Outstanding Flagship Project’. Dua projek tersebut ialah ”Change The World’ dan ‘Whole Community Transformation Through Feed to Educate’.

Tiga projek di bawah kategori ‘Acknowledged Flagship Project’ iaitu ‘Mainstreaming SDGs-Society as Agent of Changes’, ‘Living in Fortuitous Era’ dan ‘Greater Gombak Animal Shelter Project’.

Manakala tiga lagi projek di bawah kategori ‘Honourable Mention’ yang turut menerima pengiktirafan ialah ‘Jalinan Siswa Bersama Masyarakat Asli’ (JASA, IIUM Mental Health and Psychosocial Care Team (IMPaCT) dan program kesedaran yang bertajuk ‘Capacity Building for Islam, Peace and Civilizational Development: Engaging Extremism, Terrorism and Conflict through Education for Sustainability (2019 – 2020): #2Lead4Peace’.

Maklumat terperinci berkenaan latar belakang dan pelaksanaan projek boleh didapati menerusi portal Global RCE Network. Rektor UIAM Prof Emeritus Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak menzahirkan kesyukuran dengan menyatakan bahawa kejayaan diraih itu menyempurnakan slogan UIAM iaitu konsep Khalifah, Iqra, Amanah dan Rahmatan lil Alamin selain menguatkan lagi semangat kerjasama berpasukan.

Daily Kampus – Portal Mahasiswa Anda

Leave a Reply

Your email address will not be published.