30 Tahun Penubuhan GAMIS

::: 6 OKTOBER 2019 / 7 SAFAR 1441H :::

[SAMBUTAN JUBLI MUTIARA: 30 TAHUN PENUBUHAN GAMIS]

Bersempena dengan ulang tahun penubuhan Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) yang ke-30 pada tahun ini, kami dari DailyKampus ingin berkongsi beberapa fakta yang menarik mengenai GAMIS, di samping memeriahkan lagi suasana sambutan Jubli Mutiara yang diadakan pada 3 hingga 4 Oktober 2019.

GAMIS mula ditubuhkan pada tahun 1989 oleh Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) pada ketika itu, Saudara Mohamad Yusuf Abdullah. Ditubuhkan dengan tujuan bertindak sebagai ‘platform’ untuk membawa isu-isu mahasiswa dan rakyat bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-8.

Hasil kerjasama dengan beberapa ‘front’ mahasiswa Islam IPTA yang lain pada ketika itu, GAMIS melancarkan Angkatan Mahasiswa Negara(AMAN), yang bertindak sebagai kumpulan yang menyatakan sokongan terbuka kepada Angkatan Perpaduan Ummah (APU). Hasilnya, APU menang majoriti dalam kerajaan Negeri Kelantan pada PRU tersebut.

Di awal penubuhan, GAMIS dikenali dengan nama “Gagasan Mahasiswa Islam Semenanjung” sebelum dijenamakan semula sebagai “Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia”.

GAMIS sememangnya terkenal sebagai gerakan mahasiswa yang sangat konsisten dan proaktif membawa isu mahasiswa dan rakyat. Semenjak awal penubuhan lagi, mereka adalah antara golongan pemuda yang akan sentiasa ada bertindak sebagai ‘Check & Balance’ dalam isu-isu masyarakat.

Berikut kami senaraikan beberapa gerakan dan tindakan yang telah dilakukan oleh GAMIS sebagai sebuah gerakan mahasiswa:

1. SESI AKADEMIK 1990/1991
KENAIKAN YURAN PENGAJIAN
– Hampir semua IPTA terlibat kecuali USM.
– GAMIS menyertai Jawatankuasa Mengkaji Yuran Universiti Tempatan (TMYUT) dan isu ini digempur di peringkat nasional secara berdepan dengan menteri-menteri yang terlibat.

2. SESI AKADEMIK 1992/1993
PEMBERSIHAN ETNIK ALBANIA
– Isu pembersihan etnik Albania oleh puak barbarian Serbia (di Bosnia Herzegovena).
– GAMIS melancarkan beberapa siri demontrasi aman di PBB, Kuala Lumpur

3. SESI AKADEMIK 1993/1994
– Dominasi semula kerusi MPP di semua kampus utama; kecuali di UKM.
– Badan Perundingan Mahasiswa Negara (BPMN) ditubuhkan Keanggotaan: YDP MPP yang memiliki kencenderungan kepada pemikiran Islam.

4. SESI AKADEMIK 1997/1998

ISU PENYERTAAN PASUKAN KRIKET ISRAEL DALAM KEJUARAAN MAJLIS KRIKET ANTARABANGSA DI MALAYSIA (4 APRIL 1997)
– GAMIS telah memobilisasi lebih 1000 aktivis mahasiswa Islam di depan pintu utama UM.
– Sebagai tentangan kepada sikap apologetik Malaysia terhadap negara haram Israel; bangsa Yahudi yang sudah lebih empat dekad membunuh umat Islam di Palestin.
– Pendirian kerajaan Malaysia berubah.
– Namun, tindakan keras dikenakan terhadap mahasiswa melalui FRU dan water canon.
– Gelombang perubahan yang dibawa GAMIS mula mendapat perhatian banyak pihak termasuk media-media arus perdana. (9 APRIL 1997)

PEMECATAN MUFTI NEGERI SELANGOR (31 OKTOBER 1997)
– Dipecat atas iltizamnya menangkap tiga ratu cantik yang memakai pakaian tidak senonoh dalam satu acara rasmi kerajaan negeri.
– GAMIS mengutuk secara lantang tindakan kurang matang kerajaan ini.
– Jawatankuasa Bertindak Mahasiswa Menentang Penghinaan Institusi Ulama’ (JBMMPIU) di peringkat nasional digerakkan.

ISU MURTAD AISHAH BUKHARI (19 November 1997)
– GAMIS menggesa pemerkasaan undang-undang Murtad di Malaysia
– Pendirian GAMIS dianggap enteng.
– Demontrasi aman di Universiti Malaya
– Diserta lebih 700 mahasiswa dari pelbagai IPT di Lembah Klang.
– Mengeluarkan memo tergempar agar Dato’ Dr. Abdul Hamid Othman meletak jawatan di Jabatan Perdana Menteri pada 23 Januari 1998.

PENYEBARAN AL-QURAN PALSU
– Di UM dan UPM
– Telah mencetuskan gelombang kesedaran dalam masyarakat
– Hampir semua akhbar arus perdana berbahasa Melayu telah membuat liputan khusus berhubung aktivisme GAMIS pada ketika itu .
– GAMIS bertemu dengan DSAI di kediaman peribadinya
– DSAI memberi signal awal perubahan landskap politik Malaysia
– DSAI meminta GAMIS menyertai agenda perubahan Malaysia
– Pemecatan DSAI dari Kabinet dan UMNO
– Membawa kepada penubuhan Gerakan Mahasiswa Lantang Malaysia (GMLM) : terdiri daripada beberapa pertubuhan mahasiswa di peringkat nasional, tujuan: menggerakkan agenda REFORMASI dari pentas Mahasiswa, selari hasrat DSAI.

Harapan kami agar GAMIS terus mapan dan berjaya dalam membawa suara mahasiswa Islam di peringkat nasional dan antarabangsa.

Ikuti kami di laman sosial
➖➖➖➖➖➖➖➖
📱FACEBOOK:
https://www.facebook.com/dailykampusdotcom/

📱INSTAGRAM:
https://instagram.com/dailykampusofficial…

📱TWITTER:
https://twitter.com/DailyKampus?s=08

#dailykampus

Leave a Reply

Your email address will not be published.