100 Pelajar KENMS Hadir Townhall Student Union

100 PELAJAR KENMS HADIR TOWNHALL STUDENT UNION

GOMBAK, 10 Disember – Town Hall Student Union peringkat Kulliyah telah diadakan pada malam 10 Disember 2019 di Lecture Theatre 2, Kulliyyah Ekonomi dan Sains Pengurusan (KENMS). Town Hall ini diadakan bertujuan untuk memberi pemahaman tentang ‘Student Union’ kepada mahasiswa dan mahasiswi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) selaku komuniti terbesar di UIAM.

Pihak IIUM Student Union sebagai penganjur utama mengadakan himpunan tersebut untuk mengutip sebarang komentar, persoalan dan cadangan berikutan penubuhan IIUM Student Union di UIAM. Terdahulu, IIUM Student Union telah dilancarkan secara rasmi oleh YB Dr Maszlee Malik pada 23 Oktober 2019 di Dewan Utama, Bangunan Wadi Budi.

Presiden IIUM Student Union, Ahmad Irham bin Dollah, dalam ucapannya di Wadi Budi dalam majlis penuh bersejarah tempoh hari, telah menekankan tentang tiga agenda utama yang bakal dilaksanakan oleh IIUM Student Union sepanjang tempoh perkhidmatan sehingga Februari 2020 iaitu Advokasi, Pengurusan Organisasi dan Reformasi Pilihanraya Kampus. Penglibatan para pelajar dalam memperkemaskan sistem pengurusan Student Union adalah sangat diperlukan demi mengangkat suara mahasiswa ke peringkat yang lebih relevan.

Town Hall pada kali ini bertempat di Kulliyah Ekonomi dan Sains Pengurusan. Manakala Kulliyah pertama diadakan seumpama ini ialah Kulliyah Kejuruteraan. Town Hall peringkat kulliyah merupakan salah satu program di bawah projek #SkuadTurunPadang anjuran Office of Public Relation and Advocacy, IIUM Student Union. Town Hall semalam mencatatkan kehadiran hampir 100 orang mahasiswa yang majoritinya adalah daripada Kulliyah Ekonomi dan Sains Pengurusan.

Ikuti :
https://dailykampus.net/

Leave a Reply

Your email address will not be published.